YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

1) Yayasan Ihtimam Malaysia sebagai sebuah NGO yang bernaung di bawah JAKIM membantah usaha untuk mempromosi gaya hidup LGBT di negara kita sewaktu perhimpunan sempena Hari Wanita Sedunia pada 9 Mac yang lepas di ibu negara.

2) Sebagai sebuah NGO yang menumpukan kepada usaha usaha untuk membantu umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, remaja yang melakukan salah laku di bawah umur, perlakuan LGBT dan juga mereka yang hidup dengan HIV, maka Yayasan Ihtimam Malaysia ingin menegaskan bahawa gaya hidup LGBT adalah sesuatu yang bercanggah dengan fitrah insani, bertentangan dengan hukum Islam, bahkan boleh dihukum di bawah undang undang sivil dan Enakmen Jenayah Syariah di negeri-negeri.

3) Berdasarkan pengalaman Yayasan Ihtimam Malaysia, membimbing dan membantu komuniti LGBT yang ingin berhijrah dan meneruskan kehidupan yang lebih sejahtera yang selari dengan tuntutan Syariat, mereka mengakui bahawa gaya hidup LGBT adalah tersasar daripada kehendak agama, bahkan memberikan implikasi dari aspek kesihatan dan psikologi.

4) Justeru, Yayasan Ihtimam Malaysia komited untuk terus melakukan usaha pencegahan dan bimbingan kepada masyarakat awam dan komuniti LGBT khususnya, dan menawarkan bagi mereka yang ingin berhijrah dengan mengikuti kelas pengajian Al-Quran dan usrah yang dilakukan secara konsisten setiap bulan di pejabat Yayasan Ihtimam Malaysia di aras bawah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Datuk Razali bin Shahabudin
Pengerusi 
Yayasan Ihtimam Malaysia

Pertandingan Video Pendek ( 3-5 minit)

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua Ahli Kelab Sukarelawan Sosial Islam (SSI)

Pengumuman Penganjuran Pertandingan Video Pendek ( 3-5 minit)!

Pandangan Anda Berkaitan Isu Komuniti Terpinggir (PLHIV / LGBT / DADAH / JUVANA)

Hadiah Utama:
RM500.00 berserta sijil penyertaan

sila lawati facebook Sukarelawan Sosial Islam untuk maklumat lanjut .


Peringatan Untuk Mengemaskini Profil Sukarelawan

Ahli,
Sukarelawan Sosial Islam.

Assalamualaikum W.B.T

Peringatan Untuk Mengemaskini Profil Sukarelawan Anda.

Merujuk perkara di atas, Pihak Pengurusan Sukarelawan Islam SSI yang bernaung dibawah Yayasan Ihtimam Malaysia telah menambah beberapa perkara di dalam dokumen yang perlu diisi bagi para sukarelawan.

2. Perkara atau maklumat tambahan yang ditambah ini adalah bagi memudahkan pihak pengurusan untuk mengklasifikasikan ahli-ahli sukarelawan mengikut kategori masing-masing.

3. Selain itu, tujuannya juga adalah untuk mengenalpasti jumlah sukarelawan berdaftar yang masih aktif di SSI bagi tujuan kelancaran program-program yang telah dirancang untuk diadakan dalam masa terdekat.

4. bagi mereka yang belum mengemaskini bolehlah melakukannya melalui link berikut :

https://bit.ly/sukarelawanislam

Sekian, terima kasih

Admin
Sukarelawan Sosial Islam
Yayasan Ihtimam Malaysia.
12/09/2018

Perlantikan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia Yang Terbaru

3 Februari 2018 : Perlantikan sembilan Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia. Ustaz Roslan Said, Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial & Komuniti (KSK) JAKIM yang mewakili TS Dato' Hj Othman Bin Mustapha, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah menyerahkan surat perlantikan kepada ahli pemegang amanah.