YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Rakan Strategik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI

Yayasan Ihtimam Malaysia telah menjainkan kerjasama dengan menjadi Rakan Strategik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI dalam satu jalan dan fokus iaitu menangani isu-isu sosial di Malaysia.

Kerjasama ini dilancarkan di dalam Program Seminar Penjelasan Isu undang-undang Kekeluargaan : Bahagiamu Deritaku dan Pelancaran Kempen Pencegahan 3rd Gear : Santuni Komuniti bertempat di Dewan Podium Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya . Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah merasmikan seminar ini dan menyampaikan watikah perlantikan kepada agensi-agensi rakan strategik JAWI termasuk Yayasan Ihtimam Malaysia diwakili oleh Tuan Arrahman bin Awang dan En. 'Ammar bin Zulkiflee.

Yayasan Ihtimam Malaysia juga mengambil kesempatan membuka booth pameran program-program yang dilaksanakan beserta bahan-bahan terbitan dan dakwah Yayasan Ihtimam Malaysia semenjak pertubuhannya pada tahun 2012.

Adalah menjadi harapan Yayasan Ihtimam Malaysia agar kerjasama yang dijalinkan ini dapat membuka ruang dan peluang untuk kesemua rakan strategik bekerjasama di dalam apa jua program dan usaha lantas meningkatkan keberhasilan agensi-agensi terbabit mencegah gejala sosial yang melanda negara kita yang tercinta. Yayasan Ihtimam juga amat berbesar hati kerana dapat menjadi rakan strategik JAWI dan mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan.