YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

1) Yayasan Ihtimam Malaysia sebagai sebuah NGO yang bernaung di bawah JAKIM membantah usaha untuk mempromosi gaya hidup LGBT di negara kita sewaktu perhimpunan sempena Hari Wanita Sedunia pada 9 Mac yang lepas di ibu negara.

2) Sebagai sebuah NGO yang menumpukan kepada usaha usaha untuk membantu umat Islam yang terjebak dengan gejala sosial seperti penagihan dadah, remaja yang melakukan salah laku di bawah umur, perlakuan LGBT dan juga mereka yang hidup dengan HIV, maka Yayasan Ihtimam Malaysia ingin menegaskan bahawa gaya hidup LGBT adalah sesuatu yang bercanggah dengan fitrah insani, bertentangan dengan hukum Islam, bahkan boleh dihukum di bawah undang undang sivil dan Enakmen Jenayah Syariah di negeri-negeri.

3) Berdasarkan pengalaman Yayasan Ihtimam Malaysia, membimbing dan membantu komuniti LGBT yang ingin berhijrah dan meneruskan kehidupan yang lebih sejahtera yang selari dengan tuntutan Syariat, mereka mengakui bahawa gaya hidup LGBT adalah tersasar daripada kehendak agama, bahkan memberikan implikasi dari aspek kesihatan dan psikologi.

4) Justeru, Yayasan Ihtimam Malaysia komited untuk terus melakukan usaha pencegahan dan bimbingan kepada masyarakat awam dan komuniti LGBT khususnya, dan menawarkan bagi mereka yang ingin berhijrah dengan mengikuti kelas pengajian Al-Quran dan usrah yang dilakukan secara konsisten setiap bulan di pejabat Yayasan Ihtimam Malaysia di aras bawah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Datuk Razali bin Shahabudin
Pengerusi 
Yayasan Ihtimam Malaysia