YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Seminar Rahmah Menyantuni Ummah

Yayasan Ihtimam Malaysia telah berkerjasama dengan Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM dan jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dalam menlaksanakan sebuah program yang dinamakan Seminar Rahmah Menyantuni Ummah. Seminar ini adalah turutan daripada Seminar yang telah dilaksanakan di Terengganu dan yang keduanya di Pulau Pinang pada tahun lepas.

Seminar telah dirasmikan oleh YBhg. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli. Wakil daripada Yayasan Ihtimam Malaysia yang hadir pula adalah YBhg. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof.

Seminar ini telah dijenamakan semula sebagai Seminar Rahmah Menyantuni Ummah untuk memfokuskan isu-isu berkaitan LGBT dari sudut pandang Islam, kesihatan dan psikologi. Ia bertujuan menerangkan kepada masyarakat bagaimana langkah awal pencegahan yang boleh diambil, program bimbingan yang boleh dilaksanakan kepada mereka yang terlibat, bahkan perkongsian fakta dan statistik terkini berkenaan implikasi daripada perlakuan LGBT.

Adalah menjadi kewajipan bagi kita setiap umat Islam untuk tidak bersetuju dengan perlakuan LGBT kerana ianya terang-terangan adalah perkara yang diharamkan namun ia juga adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencari jalan penyelesaian untuk membendung di samping membimbing dan menasihati mereka yang terlibat agar kembali ke kehidupan fitrah sepertimana yang telah dianjur oleh Islam.

In sha Allah program ini akan diteruskan dengan sambungannya pada 25 April 2019 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, tanjong Malim, Perak Darul Ridzwan. Harapan kami adalah masyarakat setempat dan umat Islam umumnya dapat mengambil manfaat sebaiknya daripada seminar ini lantas menyebarkan dakwah bagi membendung dan merawat isu ini sebagai seorang muslim yang prihatin.