YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Majlis Kunjung Hormat Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia ke Pejabat Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim.

Kunjung Hormat disertai oleh 7 orang Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam iaitu Dato' Hj. Razali bin Shahabudin (Pengerusi), Tan Sri Zaman Khan bin Rahim Khan (Timb. Pengerusi), Dato Hj. Muhadzir bin Mohd Isa, Dato' Abd Rahman bin Husin, Tuan Hj. Zakuan bin Sawai, Prof. Madya Dr. Irwan bin Mohd Subri, Dr Nor Wahiza binti Abdul Wahat, Pengarah Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti JAKIM, Ustaz Hj. Ruslan bin Said dan diiringi oleh 3 orang Sekretariat iaitu Dr. Mohd Izwan bin Mohd Yusof, Dr Khairil Ismahafiz bin Muhadzir dan Tuan Kamarul Nizal bin Idris.

Kunjung Hormat ini diadakan dengan tujuan untuk memantapkan jalinan kerjasama dan sinergi dengan JAKIM dan NGO Islam di samping memperkenalkan Yayasan Ihtimam Malaysia kepada YBhg. Datuk Ketua Pengarah JAKIM dengan lebih rapat dan mendalam. Majlis Kunjung Hormat telah terlaksana disertai dengan pelbagai dapatan positif dan baik. Mudah-mudahan perkara-perkara yang diketengahkan semasa Kunjung Hormat diadakan dapat memantapkan lagi Yayasan Ihtimam Malaysia dalam melaksanakan program-program yang dirancang pada masa akan datang.

Yayasan Ihtimam Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin, Ketua pengarah JAKIM kerana sudi meluangkan masa walaupun dengan jadual kerja yang padat untuk menerima kunjungan dari pihak kami. Tahniah juga diucapkan kepada YBhg Dato' Hj. Razali selaku pengerusi Yayasan Ihtimam dan seluruh Ahli Pemegang Amanah dan Sekretariat atas dapatan yang positif daripada Majlis Kunjung Hormat tersebut.