YAYASAN IHTIMAM MALAYSIA |   KAMI PRIHATIN

Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah bil 1 2020

Alhamdulillah, telah dilaksanakan Mesyuarat Ahli Pemegang Amanah Yayasan Ihtimam Malaysia Bil 1, 2020 pada hari ini (22 Jun 2020). Mesyuarat telah dihadiri oleh 7 orang Ahli Pemegang Amanah dan 5 orang sekretariat Yayasan Ihtimam Malaysia. Mesyuarat dilaksanakan setelah sekian lama ianya tidak dapat dilaksankan akibat wabak pendemik yang melanda negara kita.

Antara perkara penting yang dibincangkan adalah langkah-langkah yang perlu diambil oleh Yayasan untuk menyesuaikan diri di dalam situasi norma baru yang perlu diamalkan di samping mencapai objektif yang telah ditetapkan oleh Yayasan.

Yayasan Ihtimam juga merakamkan ucapan tahniah dan selamat datang kepada YBrs. Ustaz Marzuki bin Hassan atas perlantikan beliau sebagai Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM dan juga YBrs. Ustazah Noor Haliza binti Ali selaku Ketua  Penolong Pengarah Cawangan. Semoga diberikan taufiq dan istiqamah di dalam melaksanakan tanggungjawab di samping melibatkan diri dengan Yayasan Ihtimam dalam mencapai matlamat Yayasan.

Rakan Strategik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI

Yayasan Ihtimam Malaysia telah menjainkan kerjasama dengan menjadi Rakan Strategik Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan JAWI dalam satu jalan dan fokus iaitu menangani isu-isu sosial di Malaysia.

Kerjasama ini dilancarkan di dalam Program Seminar Penjelasan Isu undang-undang Kekeluargaan : Bahagiamu Deritaku dan Pelancaran Kempen Pencegahan 3rd Gear : Santuni Komuniti bertempat di Dewan Podium Kementerian Belia dan Sukan Putrajaya . Tuan Hj Mohd Ajib bin Ismail selaku Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah merasmikan seminar ini dan menyampaikan watikah perlantikan kepada agensi-agensi rakan strategik JAWI termasuk Yayasan Ihtimam Malaysia diwakili oleh Tuan Arrahman bin Awang dan En. 'Ammar bin Zulkiflee.

Yayasan Ihtimam Malaysia juga mengambil kesempatan membuka booth pameran program-program yang dilaksanakan beserta bahan-bahan terbitan dan dakwah Yayasan Ihtimam Malaysia semenjak pertubuhannya pada tahun 2012.

Adalah menjadi harapan Yayasan Ihtimam Malaysia agar kerjasama yang dijalinkan ini dapat membuka ruang dan peluang untuk kesemua rakan strategik bekerjasama di dalam apa jua program dan usaha lantas meningkatkan keberhasilan agensi-agensi terbabit mencegah gejala sosial yang melanda negara kita yang tercinta. Yayasan Ihtimam juga amat berbesar hati kerana dapat menjadi rakan strategik JAWI dan mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang yang diberikan.

Bengkel Perancangan dan Penyelarasan Program-program Sosaial Bersama MAIN/JAIN/NGO pada 28 Februari 2019.

Bengkel adalah anjuran Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM diselaraskan oleh Ustaz Kamarul Nizal bin Idris yang merupakan Penolong Pengarah Kanan, KSK JAKIM dan juga merangkap Sekretariat Yayasan Ihtimam Malaysia.

Bengkel ini adalah bertujuan bagi menyelaraskan gerak kerja MAIN, JAIN dan NGO-NGO Islam dalam melaksanakan program di samping menyediakan "networking" diantara agensi-agensi kerajaan dan NGO supaya segala program yang dirancang tidak bertindih dan dapat dilaksanakan secara tolong menolong dengan tujuan yang sama iaitu membendung dan merawat gejala sosial yang melanda masyarakat Islam di negara kita.

Bengkel dimulakan dengan perkongsian daripada Pn. hafizatul Akmal binti Abdul Jalil, Pengurus Pemulihan Al-Riqab, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan tajuk : Agihan Asnaf berkaitan AL-Riqab.

Perkongsian kedua adalah daripada Tn. Azri bin Iberahim daripada Bahagian Baitulmal MAIWP bertajuk : Agihan Asnaf Zakat MAIWP.

Perkiongsian ketiga pula adalah oleh Dr. Nurhayati Mardiah binti Manut yang merupakan Ketua Penolong Pengarah, Bhgn Pembangunan Kesihatan Keluarga, KKM dengan tajuk : Pengurusan Isu Sosial Remaja.

Perkongsian keempat pula adalah daripada En. Mohd Al Khusyairi bin Mohd Arif yang merupakan Pengerusi Pertubuhan Hijrah Republique Network dengan tajuk : Program Sosial bersama Hijrah Republique.

Perkongsian terakhir sekali disampaikan oleh Pn. Norhayati binti Jaffri yang merupakan Ketua Penolong Pengarah, Cawangan Sosial & Komuniti, KSK JAKIM merangkap Sekretariat Yayasan Ihtimama Malaysia dengan Tajuk : Program-program Sosial & Komuniti di JAKIM.

Bengkel seterusknya diteruskan dengan sesi perbincangan sesama peserta, rumusan dan pembentangan resolusi dikendalikan oleh Dr. Mohd Izwan bin Mohd Yusof, Penolong Pengarah Kanan KSK JAKIM yang juga merangkap Sekretariat YIM.

Majlis dirasmikan oleh Dato' Selamat bin Paigo, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial & Komuniti JAKIM.

 

Seminar Rahmah Menyantuni Ummah

Yayasan Ihtimam Malaysia telah berkerjasama dengan Bahagian Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM dan jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dalam menlaksanakan sebuah program yang dinamakan Seminar Rahmah Menyantuni Ummah. Seminar ini adalah turutan daripada Seminar yang telah dilaksanakan di Terengganu dan yang keduanya di Pulau Pinang pada tahun lepas.

Seminar telah dirasmikan oleh YBhg. Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan, Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli. Wakil daripada Yayasan Ihtimam Malaysia yang hadir pula adalah YBhg. Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof.

Seminar ini telah dijenamakan semula sebagai Seminar Rahmah Menyantuni Ummah untuk memfokuskan isu-isu berkaitan LGBT dari sudut pandang Islam, kesihatan dan psikologi. Ia bertujuan menerangkan kepada masyarakat bagaimana langkah awal pencegahan yang boleh diambil, program bimbingan yang boleh dilaksanakan kepada mereka yang terlibat, bahkan perkongsian fakta dan statistik terkini berkenaan implikasi daripada perlakuan LGBT.

Adalah menjadi kewajipan bagi kita setiap umat Islam untuk tidak bersetuju dengan perlakuan LGBT kerana ianya terang-terangan adalah perkara yang diharamkan namun ia juga adalah menjadi tanggungjawab kita bersama untuk mencari jalan penyelesaian untuk membendung di samping membimbing dan menasihati mereka yang terlibat agar kembali ke kehidupan fitrah sepertimana yang telah dianjur oleh Islam.

In sha Allah program ini akan diteruskan dengan sambungannya pada 25 April 2019 bertempat di Universiti Pendidikan Sultan Idris, tanjong Malim, Perak Darul Ridzwan. Harapan kami adalah masyarakat setempat dan umat Islam umumnya dapat mengambil manfaat sebaiknya daripada seminar ini lantas menyebarkan dakwah bagi membendung dan merawat isu ini sebagai seorang muslim yang prihatin.